You are not logged in. | Log In

Exrienz

Is this you? Log in here.

Printer-Friendly: 3x5 | 4x6 | Letter

Thermomix - Bihun Goreng Singapore by

Tags: Mee

Klu beli meehun brand faiza 400g, biasa sy masak separuh dlm 200g, lebihkan minyak 45g, air 150g supaya tak kering sgt. Alhamdulillah dah masak byk kali sbb anak suka sgt. Tq share resepi.

Ingredients

Bahan A:
150g bihun direndam seketika (~5min)

Bahan B:
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb (~10g) udang kering
1" halia (saya tak letak)

Bahan C:
40g minyak masak
1/2 sk black pepper secukup rasa

Bahan D:
Protein (isi ayam/udang/sotong/etc..)
Sayur (Carrot/kubis/etc..)
120g air
1 sb (~15g) sos tiram

Bahan E:
1 sk garam secukup rasa

Instructions

1. Masukkan Bahan B dan blend [5sec/sp.6]
2. Masukkan Bahan C dan tumis [4min/120'C/sp.1]
3. Masukkan Bahan D dan masak [2min/120'C/reverse, sp 0.5]
4. Masukkan Bahan A-bihun yang telah direndam dan ditapis air dan bahan E.
5. Masak bihun [3min/varoma/reverse, sp 0.5]
6. Kacau dan terbalikkan bihun menggunakan penyepit jika bihun banyak supaya masak sekata.
7. Tambah lagi masa [1min/varoma/reverse, sp 0.5]

Nota: jumlah masa untuk masak bihun kebiasaannya memadai 4 minit. Jika masak dalam kuantiti sikit, boleh terus set masa 4 minit pada step 5.

Back to Top