You are not logged in. | Log In

Exrienz

Is this you? Log in here.

Printer-Friendly: 3x5 | 4x6 | Letter

Thermomix - Nasi Ayam Uzbek by

https://www.youtube.com/watch?v=JFtj-VRkFjI&t=26s

Ingredients


Bahan A (perapan ayam):
3-5 peha ayam atau mana-mana bahagian
2-3 sb plain yogurt
1 sk serbuk lada hitam
1 sb serbuk jintan manis
1/2 sk garam secukup rasa

Bahan B (tumisan):
1/2 biji bawang holland dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
1sk serbuk lada hitam
1 sk biji jintan manis
80g minyak masak

Bahan C:
300g beras basmathi dibasuh

Bahan D (nasi):
1/2 btg carrot dipotong memanjang
20-30g kismis
1 sb chicken stock @ 1/2 kiub pati ayam
1 sk garam secukup rasa
2 helai duan pandan disimpul (optional)
1300g air

Bahan E (sup):
1/2 kiub pati ayam @ chicken stock powder
1/2 sk garam secukup rasa

Bahan F (sambal):
1 bj tomato potong 4
20g daun ketumbar
1-3 cili merah besar
5-10 cili merah kecil
1 ulas bawang merah
1/2 biji perahan lemon
1 sb gula secukup rasa
1/2-1 sk garam secukup rasa

Instructions

1. Masukkan kesemua bahan A dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati. Perap ayam sekurang-kurangnya 2 jam dalam peti.
2. Masukkan bahan B dalam mixing bowl. Tumis [10min/120'C/reverse, sp.1]. Tuangkan ke dalam mangkuk dan ketepikan seketika.
3. Sediakan bahan C dalam simmering basket dan letakkan dalam mixing bowl.
4. Masukkan bahan D dan tumisan bahan B ke dalam simmering basket. Gaul sehingga sekata.
5. Letakkan ayam yang diperap dalam varoma tray/dish dan letakkan di atas penutup mixing bowl.
6. Masak nasi, sup dan ayam [30min/varoma/sp.3]
7. Angkat varoma dish dan simmering basket menggunakan spatula.
8. Masukkan bahan E dan masak sup seketika [2min/100'C/sp. 0.5]
9. Masukkan bahan F dan kisar [10sec/sp.8].

Nota:
1. Untuk ayam, anda boleh masak dalam AF seketika 15-20min/180'C sehingga garing. Masa dan suhu bergantung kepada AF masing-masing.

Sedia untuk dihidangkan. Memang sangat sedap dan berbeza dengan nasi ayam biasa. Selamat mencuba~ 😊

Back to Top