You are not logged in. | Log In

Exrienz

Is this you? Log in here.

Printer-Friendly: 3x5 | 4x6 | Letter

Thermomix - Pulut Gaul Kelapa by

Ingredients

Bahan A:
300g beras pulut
~1200g air
3 ekor ikan selayang/sardin
1/2 sk garam

Bahan B:
2 sb beras pulut dibasuh

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut
1/2 sk garam halus
1 sk gula

Instructions

1. Timbang dan basuh beras pulut dalam simmering basket. (Saya tak rendam)
2. Letakkan simmering basket dalam mixing bowl, isikan air sehingga paras beras. Letakkan ikan dan garam dalam pinggan dan letakkan dalam varoma dish. Kukus pulut dan ikan [20-30min/varoma/sp.2].
3. Sangai atau goreng tanpa minyak bahan B sehingga garing atau keperangan sambil tunggu pulut dan ikan masak.
4. Gaulkan sebati bahan C dan kukus [15min/varoma/sp.2].
5. Goreng ikan kukus sehingga garing.
6. Gumpal/kepal pulut dan gaul dalam kelapa parut. Taburkan pulut sangai untuk bau wangi dan rasa rangup. Hidangkan dengan ikan kukus goreng.

Back to Top