You are not logged in. | Log In

Exrienz

Is this you? Log in here.

Printer-Friendly: 3x5 | 4x6 | Letter

Thermomix - Kuih Seri Muka by

Ingredients

Bahan A:
250g beras pulut

Bahan B:
150g santan kotak
1 sk garam
1 sb minyak masak (jika guna santan kotak)

Bahan C:
Bekas/loyang
Alas plastik
Sedikit minyak masak
2-3 helai daun pandan disimpul
Alumnium foil
1200g air

Bahan D: Lapisan atas hijau
6-8 helai daun pandan
120g air

Bahan E:
Jus pandan
Pewarna hijau (optional)
2 biji telur
100g gula
1/2 sk garam
40g tepung gandum
20g tepung jagung
200g santan kotak

Bahan F:
1200g air

Instructions

1. Sediakan bahan A dan rendam beras pulut 2-3 jam.
2. Masukkan bahan B dalam bekas dan kacau sebati.
3. Sediakan bekas/loyang (sy gunakan loyang saiz 7 1/2"). Sapukan minyak sekeliling loyang. Alas plastik dan sapukan sedikit lagi minyak bahagian dalam supaya pulut tidak melekat.
4. Letakkan pulut yang direndam dan gaul sebati dengan bahan B.
5. Ratakan pulut dan letakkan daun pandan. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk elakkan wap air jatuh ke dalam pulut.
6. Masukkan air dan kukus pulut [30min/varoma/sp.2].
7. Gaul pulut, ratakan dan tekan sehingga padat.
8. Masukkan bahan D dan kisar [1min/sp.10]. Tapis jus pandan.
9. Masukkan bahan E dan mix [30sec/sp.3]. Kemudian masak [5min/80'C/sp.2].
10. Tuangkan adunan ke atas pulut. Tutup dengan aluminium foil.
11. Masukkan bahan F dalam mixing bowl dan kukus [30min/varoma/sp.2].
12. Biarkan sejuk dan potong kuih.

Back to Top