Thermomix - Ayam Tiram Thai by exrienz

Ingredients

Bahan A: Ayam Bakar ~500 ayam 1 sk garam 5 sb (~60g) sos tiram 1 sb kicap manis Sedikit minyak masak (~3sb) Bahan B: Sos Thai 5 ulas bawang putih 5-6 tangkai cili kecil merah (ikut tahap pedas) Daun ketumbar Bahan C: 1 sb sos tiram 2 sb sos ikan ~ 5sb jus asam limau atau secukup rasa (tambah jika ingin berkuah atau masam) 3 sb gula

Instructions

1. Gaulkan bahan A sehingga sebati dan perap seketika (15-30min).
2. Kemudian bakar ayam bakar dalam air fryer [20min/200'C] atau sehingga masak bergantung AF masing-masing.
3. Masukkan Bahan B dalam mixing bowl dan blend [6sec/sp.6]
4. Masukkan Bahan C dan masak seketika untuk lebih tahan lama [2min/70'C/sp.1]

Sedia untuk hidangkan dengan ayam bakar dan nasi goreng cina rice cooker mode 😊