Thermomix - Mee Kari Multi-Layer by exrienz

https://www.youtube.com/watch?v=Zg1ifiOfwJU

Ingredients

Bahan A: 4 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 1" halia 30g ikan bilis Bahan B: 40g serbuk kari 20g cili kisar Rempah 3 beradik (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) 40g minyak masak Bahan C: 300-400g protein (ayam/daging) 1000-1500g air Bahan D (Varoma Dish): 1 paket mee kuning Sayur sawi 4 biji telur Bahan E: 300g santan (1 kotak kecil) Fish ball/fish cake/tauhu kering Udang/kerang (protein lembut) 2sk garam secukup rasa 1 sb gula secukup rasa Bahan Hiasan: Cili merah dihiris Limau kasturi Bawang goreng Taugeh

Instructions

1. Masukkan bahan A dan kisar [10sec/sp.7]
2. Masukkan bahan B dan tumis [7min/120'C/sp.1]
3. Masukkan bahan C dan tutup mixing bowl.
4. Masukkan bahan D dalam varoma dish. Pastikan mee kuning tidak menutupi keseluruhan lubang varoma.
5. Masak [18min/varoma/reverse,spoon]
6. Angkat varoma dish dan ketepikan.
7. Masukkan bahan E dan masak [8min/98'C/reverse,spoon]. Boleh gunakan spatula untuk kacau.