Thermomix - Rendang Ayam by exrienz

Kurangkan masa pada step 4-5 jika potongan ayam kecil dan untuk elakkan ayam terlerai.

Ingredients

Bahan A: 50g minyak masak 15g (3 ulas) bawang putih 65g (4 ulas) bawang merah 10g lengkuas 1 cm kunyit hidup 1 cm halia 100g cili merah (tak letak) 10g cili kering/cili kisar 3 bj buah keras 2 btg serai Bahan B: 500-800g ayam dipotong Bahan C: 50g kerisik 100g santan 1-2 sk garam secukup rasa 30-45g gula melaka/nissang 3 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit dihiris halus

Instructions

1. Masukkan bahan A dan kisar [20sec/sp.8].
2. Scrape down guna spatula dan kisar sekali lagi [15sec/sp.8].
3. Scrape down dan tumis [8min/120'C/reverse,spoon].
4. Masukkan bahan B dan masak [15-18min/120'C/reverse,spoon].
5. Masukkan bahan C dan masak lagi [8-10min/varoma/reverse, spoon].