Thermomix - Jeli Kelapa by exrienz

Ingredients

Bahan A: Air 2 biji kelapa Bahan B: 700-800g air masak Bahan C: 2 sk serbuk agar-agar 100-200g (sy masak 150g) gula 2 helai daun pandan disimpul

Instructions

1. Sediakan bahan A dan asingkan air kelapa dengan isi kelapa.
2. Tekan 3 titik atas kanan dan pilih Scales. Masukkan air kelapa ke dalam mixing bowl.
3. Masukkan bahan B sehingga total berat cecair 1500g.
4. Masukkan bahan C dan masak [10min/98'C/sp.1].
5. Letakkan isi kelapa dalam bekas dan tuangkan jelly yang telah masak.
6. Tunggu sehingga sejuk dan simpan dalam peti.
7. Hasilnya tekstur jelly tak terlalu lembik dan keras sangat.