Thermomix - Onde-Onde by exrienz

Ingredients

Bahan A: 5-6 helai daun pandan (potong 2-3cm) 150g air Bahan B: 150g tepung pulut 2sb tepung beras/gandum 140g jus pandan + air 1/4 sk pewarna hijau (optional) Bahan C: 1 keping nissan/gula melaka potong kiub Kelapa parut Garam halus Bahan D: 1800g air

Instructions

1. Masukkan bahan A dan kisar [30sec/sp.10]. Tapis jus pandan.
2. Masukkan bahan B dan uli [dough mode/2min].
3. Keluarkan doh dari mixing bowl. Tambah sedikit air atau tepung jika perlu. Pastikan doh tidak terlalu lembik atau keras supaya boleh dibentuk bulat dan tidak melekat pada tangan.
4. Leperkan doh dan letakkan inti nissang/gula melaka. Bulatkan doh.
5. Masukkan bahan D dan letakkan simmering basket dalam mixing bowl, panaskan air menggunakan 'Kettle Mode'.
6. Masukkan doh onde-onde dalam simmering basket dan masak [10-15min/100'C/sp.1] sehingga terapung.
7. Gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Boleh kukus kelapa untuk tahan lama. Saya tak kukus.
8. Angkat onde-onde dan tapis air. Gaulkan dengan kelapa parut.

Nota:
1. Boleh kukus kelapa parut untuk tahan lebih lama [10min/varoma/sp.2].
2. Boleh rebus/masak onde-onde dalam periuk biasa jika banyak.
3. Adunan ini menghasilkan 23-25 biji onde-onde.