Thermomix - Kuih Cek Mek Molek by exrienz

Ingredients

Bahan A: 1 kg ubi keledek oren 1 liter air Bahan B: Ubi sejuk 1 sk garam Bahan C: 1 sb butter 200g tepung gandum Bahan D: Gula

Instructions

1. Buang kulit dan potong ubi tidak terlalu tebal atau nipis. Letak dalam varoma dish & tray. Pastikan tidak tutup keseluruhan lubang varoma.
2. Isikan air dalam mixing bowl dan kukus ubi [30min/varoma/sp.2] sehingga lembut.
3. Tunggu ubi sejuk dan masukkan bahan B. Lenyek/kisar ubi [30sec/sp.4].
4. Masukkan bahan C dan uli [dough mode/2min].
5. Tuang doh dalam bekas. Tambah tepung gandum sikit demi sedikit dan uli sehingga tidak melekat di tangan.
6. Bulatkan doh, tekan bahagian tengah dan letakkan 1/2-1 sk gula. Bentukkan bujur.
7. Goreng dalam minyak panas dan api sederhana.