Thermomix - Kaswi Pandan by exrienz

Ingredients

Bahan A: 5-6 helai daun pandan 400g air Bahan B: 130g tepung gandum 120g tepung ubi 150g gula 1/4 sk garam 450g air pandan + air 1 sb air kapur 50g santan kara 1/4 sk pewarna hijau (optional) Bahan C: 1000g air Bahan D: Sedikit minyak masak Bahan E: 1/2 biji kelapa parut 1/4-1/2 sk garam

Instructions

1. Masukkan bahan A dan kisar [20sec/sp.10]. Tapis dan ketepikan.
2. Masukkan bahan B dan mix [1min/sp.3] sehingga sebati. Tapis adunan untuk elakkan berketul.
3. Masukkan bahan C dan pilih 'Kettle Mode' untuk panaskan air.
4. Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan supaya tidak melekat. Tuangkan adunan dalam acuan sehingga penuh dan kukus [15min/Varoma/sp.2]
5. Gaulkan bahan E dan kukus kelapa [10min/Varoma/sp.2].