Thermomix - Paprik Ayam by exrienz

Kurangkan masa pada step 3-4 jika potongan ayam kecil dan untuk elakkan ayam terlerai.

Ingredients

Bahan A: 3 ulas bawang putih Bahan B: 30g minyak masak 1/2 bawang holland dihiris 1" halia dihiris memanjang 1 btg serai diketuk 1sb cili kisar Bahan C: 50g sos cili 1 sb pes tomyam 1 sb sos tiram 1 sb sos ikan 2-3 helai daun limau purut 30-40g air 200-250g isi ayam Bahan D: 1 tangkai cili merah dihiris 2-3 tangkai cili kecil (jika ingin pedas) 1/2 btg carrot dipotong Kacang panjang/buncis dipotong Bunga kubis dipotong Baby corn dan apa-apa sayur kegemaran 1/2-1 sk garam secukup rasa 1/2-1 sk gula secukup rasa

Instructions

1. Masukkan bahan A dan blend [4sec/sp.5]
2. Masukkan bahan B dan tumis [4min/120'C/reverse, sp.1]
3. Masukkan bahan C dan masak [2min/120'C/reverse,spoon]
4. Masukkan bahan D dan masak [5min/120'C/reverse, spoon]