Thermomix - Sup Tulang by exrienz

Ingredients

Bahan A: 5 ulas (~80g) bawang merah 4 ulas bawang putih 1" halia Bahan B: 30g minyak masak Rempah 3 beradik (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 buah pelaga) Bahan C: 800g tulang 1 pek sup bunjut/perencah sup tulang Adabi 800g air (lebih sedikit paras tulang) 1 sb jus lemon Bahan D: 1-2 biji kentang 1 btg saderi 1/2 btg carrot 1 sk garam secukup rasa Bahan E: 1-2 biji tomato

Instructions

1. Masukkan bahan A dan kisar [10sec/sp.10].
2. Masukkan bahan B dan tumis [5min/120'C/sp.1].
3. Letakkan blade cover & peeler (BCP) jika ada. Masukkan bahan C dan masak [Slow Cook/2hrs/98'C].
4. Masukkan bahan D dan masak [10min/98'C/reverse,spoon] sehingga kentang lembut. Tambah masa jika perlu.
5. Masukkan bahan E pada 3 minit terakhir melalui lubang penutup.

Tips:
1. Jika tiada BCP atau berbunyi kuat ketika masak, pastikan tulang tidak terlekat di celah blade.
2. Berat max untuk slowcook adalah 800g tulang/daging.
3. Untuk memasak tempoh masa yang lama, anda digalakkan untuk letak sedikit jus epal, cuka, perahan lemon atau asid sitrik (citric acid) untuk mengelakkan pengoksidaan (luntur/berkarat) berlaku.