Thermomix - Puree Epal (6m+) by exrienz

Ingredients

Bahan A: 2 biji buah epal Bahan B: 500g air

Instructions

1. Buang kulit buah epal dan potong buah kepada saiz kecil. Letakkan buah dalam simmering basket.
2. Isikan air dalam mixing bowl dan letakkan simmering basket. Kukus buah [20-30min/100'C/sp.3]. Tambah masa jika buah masih keras.
3. Buang air kukusan dan tinggalkan sedikit air kukusan. Masukkan buah epal yang dikukus dan sedikit air kukusan (20-30g). Kisar [15sec/sp.8-9] bergantung tekstur yang anda inginkan.

Tips:
1. Lebihan puree boleh disimpan dalam bekas dan frozenkan (tahan 3 bulan).
2. Boleh defrost dan panaskan frozen puree dengan kukus dalam varoma dish (masa masak nasi).
3. Cara lain boleh rendam dalam air panas, masukkan dalam microwave atau guna food warmer.